PARIT: Kementerian Pertahanan mengharapkan Kuwait mempertimbangkan hasrat Malaysia untuk mendapatkan aset pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF) sebagai menampung operasi keselamatan negara. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesungguhan Malaysia itu dapat dilihat apabila telah menghantar pasukan bagi menilai kapal terbang tersebut. “Secara formal kita belum buat tapi secara tidak formal mereka sudah tahu kerana kita sudah hantar pasukan-pasukan kita untuk buat penilaian terhadap kapal terbang.…