KUALA SELANGOR: Seorang lelaki yang dipercayai melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza di daerah ini kelmarin berjaya dicekup polis awal pagi tadi. Suspek berusia 32 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Jeram di sini, kira-kira pukul 2.40 pagi. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Polis, Mohd. Ambia Nordin berkata, penahanan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) menerusi hasil siasatan dan maklumat…