Laporan Ketua Audit Negara bakal dibahas esok

Laporan Ketua Audit Negara bakal dibahas esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan pada minggu lalu bakal dibahaskan di Dewan Rakyat esok.

Menurut aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan agar laporan itu dibahaskan secara terperinci supaya perhatian yang mendalam oleh semua pihak khususnya ahli Parlimen dapat diberikan bagi mendukung hasrat kerajaan mewujudkan tadbir urus sektor awam lebih baik selain penelitian membabitkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ia juga untuk memberi isyarat jelas kepada keseluruhan jentera pentadbiran kerajaan terhadap kesungguhan untuk memerangi kecurangan dan salah laku serta memartabatkan tatakelola unggul seperti saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, usaha itu juga seiring dengan inisiatif mentransformasikan Dewan Rakyat yang
berperanan untuk ‘semak dan imbang’ kuasa Eksekutif.

Pada minggu lalu, LKAN dibentangkan di Dewan Rakyat mengenai aktiviti kementerian, jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun yang melaporkan sembilan aktiviti melibatkan 11 kementerian di peringkat Persekutuan.

Selain itu, audit juga mengenai pengurusan syarikat kerajaan Persekutuan yang mengandungi hasil pengauditan terhadap lapam syarikat.

Menurut audit itu, pengurusan dana RM41.970 bilion melibatkan 11 kementerian dikesan mempunyai ba­nyak kelemahan dalam melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti kerajaan.

Ia didedahkan dalam meliputi projek-projek yang telah dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) sehingga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Antara isu signifikan yang dibangkitkan adalah melibatkan pengurusan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River Of Life (ROL), pengurusan Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar dan pengurusan projek serta program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN