Kuatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan makanan - CAP

Kuatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan makanan – CAP

MOHIDEEN ABDUL KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan makanan dengan tegas.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, hal ini demikian kerana, kejadian kes keracunan makanan yang berlaku baru-baru ini adalah berkaitan dengan ketidakpatuhan peraturan keselamatan makanan.

Katanya, pada separuh pertama 2024 sahaja, banyak insiden dilaporkan, menekankan betapa mendesaknya keperluan bagi menangani isu ini.

“Murid sekolah menjadi mangsa utama insiden keracunan makanan ini di seluruh negara. Kanak-kanak dengan sistem imun yang mudah terjejas lebih mudah dijangkiti keracunan makanan

“Kes terbaharu ialah 99 pelajar dan guru sekolah menengah di Batu Pahat, Johor mengalami gejala keracunan makanan selepas mengambil makanan dari kantin sekolah.

“Terdahulu iaitu pada Jun semasa program sekolah di Gombak, Selangor, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah meninggal dunia selepas mengambil makanan di program sekolah itu,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohideen, memandangkan peningkatan jumlah kes keracunan makanan yang berlaku di negara ini, CAP menggesa KKM untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan makanan dengan tegas.

“Pihak berkuasa juga perlu menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan berkala ke atas premis makanan dan mendidik pengguna melalui media sosial mengenai cara mencegah keracunan makanan,” katanya.

Sementara itu, Mohideen berkata, pengguna juga dinasihatkan untuk meningkatkan standard mereka dan berhenti daripada mengunjungi kawasan perniagaan yang terletak di tempat yang mempunyai standard kebersihan yang tidak bersih.

“Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk memberi tekanan kepada penjual makanan supaya tidak meneruskan amalan tidak bersih mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN