SHAH ALAM: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memberi jaminan untuk memberikan komitmen menjaga kebajikan pekerja di negara ini bagi memastikan nasib golongan tersebut terus terbela. Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pernyataan tersebut sebagai menjawab dakwaan golongan majikan yang menganggap kementeriannya tidak mengambil berat terhadap mereka selepas tidak lagi bersama Kementerian Kewangan (MOF) sebagai Timbalan Menteri Kewangan II. “Ada majikan berkecil hati (dengan perhatian saya terhadap pekerja) pasal apa dulu bercakap…