KUALA NERUS: Kerajaan Perpaduan menolak tuduhan kononnya takut mengisytiharkan kekosongan di enam kerusi Parlimen kerana bimbang berhadapan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil.(PRK). Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Perpaduan tidak gerun berhadapan Perikatan Nasional (PN) dan UMNO sedia bertarung sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) di enam Parlimen berkenaan. “Bukan kerana itu (takut kalah), kita rasa keenam-enam kerusi ini dulu adalah kerusi UMNO dan kalau (diumumkan) kosong…