Juruteknik maut motosikal ditunggangi rempuh lori - Utusan Malaysia

Juruteknik maut motosikal ditunggangi rempuh lori

KEADAAN mayat dan motosikal juruteknik syarikat minyak dan gas yang maut dalam kemalangan di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kampung Batu Enam, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Perjalanan pulang seorang juruteknik syarikat minyak dan gas ke kediamannya bertukar tragedi apabila dia maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kampung Batu Enam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.44 pagi, mangsa, Azman Ismail, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kerteh, menghala ke rumahnya di Kampung Teluk Lipat di sini.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang Yamaha Y16ZR di laluan utama, merempuh sebuah lori jenis Toyota Hiace yang secara tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri jalan.

“Akibat jarak terlalu dekat, mangsa gagal mengelak dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori tersebut,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Maizura berkata, bagaimanapun. pemandu lori berusia 70 tahun yang merupakan tukang perabot tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN