SHAH ALAM: Kerajaan akan memperkenalkan pensijilan bidang fisioterapi sebagai kursus kemahiran baharu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu bakal memberi lebih banyak peluang dan tawaran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara itu, kursus berkaitan fisioterapi kini hanya ditawarkan universiti dan kolej menerusi Fakulti Perubatan dan Kesihatan…