BALIK PULAU : Seorang duda anak dua didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan berasingan termasuk menghalang tugas polis serta memandu van secara melulu dan merbahaya, pada 10 Julai lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Firdaus Farok, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan kedua dan ketiga dibacakan secara berasingan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting. Terdahulu, Firdaus yang juga merupakan bekas pemandu van itu mengaku bersalah atas pertuduhan…