SHAH ALAM: Kes pecah rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee selesai dengan tertangkapnya dua suspek dekat Kilometer 23 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, di Marang, Terengganu, baru-baru ini. Kedua-dua lelaki tempatan berusia 23 dan 28 tahun itu diberkas selepas kereta Honda City dinaiki mereka terlibat kemalangan di lokasi berkenaan pada 26 Jun lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu dilakukan hasil maklumat dan risikan…