TAPAH: Dua keluarga Orang Asli di Kampung Sungai Bindu, Chenderiang di sini hari ini gembira menerima dua rumah baharu sumbangan Yayasan My First Home (YMFH). Lebih bermakna, kedua-dua rumah itu diserahkan oleh Pengasas dan Penasihat YMFH dan Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan. Menurut Bahtian Bahtalin, 39, dia tidak menyangka menerima sebuah rumah baharu tiga bilik, satu bilik air, ruang tamu dan dapur yang dianggarkan berharga RM65,000 oleh YMFH.…