KUDAT: Cubaan menyeludup daging penyu dan balat kering yang merupakan haiwan dilindungi berjaya dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) baru-baru ini. Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, daging penyu dan balat kering itu dipercayai dicampak oleh suspek sebelum bertindak melarikan diri ke kawasan cetek di pesisir Pantai Tanjung Kalutan pada Ahad. Beliau berkata, semasa aset Maritim Malaysia menjalankan operasi di kawasan perairan itu, anggota…