Apa status terkini cadangan pemindahan KKIA ke Kimanis?

Apa status terkini cadangan pemindahan KKIA ke Kimanis?

YUSOF Yacob (kanan) bersama dengan ADUN Dilantik Datuk Seri Yong Teck Lee pada persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah diminta menyatakan status terkini cadangan pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke lokasi baharu di Kimanis.

Datuk Dr. Yusof Yacob (Gagasan Rakyat-Sindumin) berkata, sebelum ini Kabinet negeri telah bersetuju memindahkan KKIA ke Kimanis dan kajian kebolehlaksanaan telah dilakukan.

“Laporan kajian kebolehlaksanaan tersebut telah dibuat oleh perunding dan dibentang tetapi Kabinet negeri belum membuat keputusan. Jadi saya minta Kabinet negeri menyatakan apakah statusnya, jadi dipindah atau cuma bertahan di KKIA.

“Biarpun Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengemukakan cadangan untuk menaik taraf KKIA, kita kena melihat jangka panjang bahawa menaik taraf KKIA tidak menyelesaikan masalah,” katanya semasa sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad  berkata, KKIA terletak di kawasan seluas 900 ekar  dan hanya ada satu landasan. Ia tidak dapat menampung keperluan semasa susulan KKIA memerlukan dua landasan pada masa depan.

“KKIA merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di negara ini. Kita ada potensi kerana lokasi dengan ada penerbangan terus dari nusantara seperti China,” katanya.

Menurut Yusof, lapangan terbang sedia ada tidak dapat menampung keperluan penumpang di bangunan itu sendiri seperti kaunter Jabatan Imigresen dan tempat mengambil bagasi.

Faktor lokasi yang jauh sekiranya KKIA dipindahkan ke Kimanis tidak seharusnya menjadi halangan kerana beberapa lapangan terbang di negara lain juga terletak jauh dari pusat bandar.

“Diharapkan kerajaan mempertimbangkan semula kerana pelaksanaannya perlu mengambil masa lima hingga tujuh tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×