Ako Mustapha semakin sihat, teruja untuk kembali bekerja - Utusan Malaysia

Ako Mustapha semakin sihat, teruja untuk kembali bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pelakon, Ako Mustapha, 53, bersyukur kerana tahap kesihatannya hari ini membenarkan dia untuk kembali bekerja.

Jelas Ako yang mengidap sakit kencing manis kronik, berat badannya juga bertambah sehingga 10 kilogram (kg) hasil panduan rancangan pemakanan yang disarankan doktor.

“Dua tahun lepas badan saya sangat kurus. Sekarang ramai cakap saya sudah kelihatan lebih baik dan saya pun rasakan demikian.

“Sekarang, saya ikut panduan doktor yang juga pakar kencing manis untuk kurangkan pengambilan karbohidrat, ambil insulin dan ubat.

“Pendek kata apa sahaja yang doktor suruh, semua saya ikut,” katanya.

Dalam pada itu, Ako menegaskan, penghidap kencing manis tidak boleh sekadar bergantung kepada ubat tetapi perlu juga mengubah gaya hidup bagi mengelak keadaan menjadi semakin teruk.

“Jika kita tidak jaga kesihatan, ambil ubat macam mana pun tetap tidak akan berkesan. Kita kena jaga diri.

“Ubat kena ambil walau kadangkala saya pun terlupa juga. Saya pun risau terlepas makan ubat. Takut sakit semula macam dulu,” jelasnya.

Sekian lama tidak muncul di layar perak, pelakon filem Eva itu teruja untuk memulakan penggambaran sebuah drama arahan sahabatnya, Datuk Afdlin Shauki.

“Bulan depan saya akan memulakan penggambaran sebuah cerita tentang scammer. Pelakon utamanya ialah Datuk Aaron Aziz, sementara sayalah yang bakal jadi penipu itu.

“Setakat ini kesihatan saya semuanya okey dan tiada kesukaran apa-apa untuk kembali bekerja,” katanya.

Sebelum ini, fizikal Ako menyusut selepas kehilangan berat badan sehingga 20kg akibat sakit kencing manis yang dialaminya. Pada tahun 2022, Ako dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah darah kotor.

Situasi Ako pada ketika itu diibaratkan doktor sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’ dan sangat kritikal.

Bagaimapaun, selepas tujuh hari, keadaan pelakon itu bertambah stabil lalu dibenarkan pulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya