56 kontena jadi rumah kongsi, tempat simpanan barang terbakar

56 kontena jadi rumah kongsi, tempat simpanan barang terbakar

Sebanyak 56 unit kontena yang dijadikan sebagai rumah kongsi di Wangsa Maju, di sini, musnah terbakar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 unit kontena yang dijadikan sebagai rumah kongsi di Wangsa Maju, di sini, musnah terbakar hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Timbalan Penguasa Bomba II, M. Letchumanan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.08 pagi.

Katanya, kejadian tersebut melibatkan 56 unit kontena yang terbakar 100 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 21 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Keramat digerakkan ke lokasi kejadian. 

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapti, kebakaran melibatkan rumah kongsi jenis kontena serta tempat simpanan barangan pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, tindakan operasi pemadaman dengan menggunakan kaedah secara offensive dan defensive untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran. 

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada pukul 10.27 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12:02 tengah hari.

“Tiada mangsa yang terlibat semasa kebakaran. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×