Tiada hasrat turunkan kadar cukai jalan kenderaan lain buat masa ini

Tiada hasrat turunkan kadar cukai jalan kenderaan lain buat masa ini

ANTHONY Loke ketika sidang akhbar di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tiada rancangan untuk menurunkan kadar cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan ‘internal combustion engine’ (ICE) atau kenderaan guna bahan api buat masa ini.

Ia susulan penurunan mendadak kadar fi LKM kenderaan motor elektrik (EV) ditetapkan kerajaan bermula Januari 2026.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kadar cukai jalan yang ditetapkan bagi kenderaan itu ketika ini masih rendah dan berpatutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak (berhasrat turunkan fi LKM kenderaan ICE) sebab kita sekarang menggalakkan penggunaan kenderaan EV di negara ini.

“Bagi kenderaan ICE sedia ada, kita tak buat perubahan kepada (harga) cukai jalan kerana kebanyakan rakyat kita masih guna ICE,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, buat masa ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip sekitar RM4 bilion setahun bagi cukai jalan kenderaan ICE.

Dalam pada itu, Loke berkata, kerajaan juga akan memperkenalkan bingkai plat khas bagi kenderaan EV dalam masa terdekat bagi membezakan ia dengan kenderaan lain.

Menurutnya, plat khas itu akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dan dipasang terus pada kenderaan berkenaan.

“Kita akan perkenalkan plat khas, bukan nombor (pendaftaran kenderaan) bagi membezakan kenderaan EV dengan kenderaan lain.

“Plat itu akan dikeluarkan oleh syarikat kenderaan berkaitan, jadi kita akan bekerjasama dengan mereka, seperti bahan yang akan digunakan dan sebagainya. Saya tidak mahu umumkan hari ini, tunggu nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini