BENTONG: Pengunjung di Genting Highlands di sini gempar apabila berlaku kebakaran melibatkan Taman Tema terkenal di pusat peranginan berkenaan hari ini. Bagaimanapun setakat ini belum disahkan sama ada terdapat mangsa yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan laporan awal kejadian melibatkan kebakaran bangunan di tingkat dua Taman Tema sebelum merebak ke tingkat empat. “Pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos dan mengambil air dari pili bomba bertekanan. “Operasi sedang berjalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya