Tak kisah pakai baju murah, artis pun manusia biasa - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Tak kisah pakai baju murah, artis pun manusia biasa – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya tak kisah pakai baju harga murah, artis pun manusia biasa juga.”

Demikian jawapan pelakon, Fasha Sandha selepas video dia memakai baju kemeja yang dibeli dengan harga RM19 tular di media sosial.

Tidak menyangka video tersebut akan tular, Fasha menjelaskan dia bukan seorang yang terlalu menitikberatkan soal jenama dan lebih mementingkan kualiti berbanding harga.

“Tak sangka sebenarnya video itu akan tular. Saya berborak sahaja dengan kawan saya dalam video itu. Dia tanya baju itu cantik, beli mana. Saya jawab beli di platform dalam talian, RM19 sahaja.

“Saya bukan seorang yang terlalu kisah soal jenama, asalkan sesuatu itu cantik dan berkualiti, saya akan beli. Kerjaya sebagai artis memang kena ada banyak baju, tak boleh beli yang mahal sangat,”ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon Malang Si Puteri itu berkata, ramai sahaja rakan artis yang mungkin memilih cara sama dengan membeli baju dengan harga murah namun tidak mendedahkan atau tidak ditanya.

“Sebenarnya ramai sahaja artis yang pakai baju biasa. Cuma mungkin mereka tidak beritahu atau tidak ditanya.

“Macam saya tidak kisah, tak malu pun nak beritahu,”ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya