Sultan Nazrin hadiri majlis sambutan Aidiladha bersama pemimpin negeri - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin hadiri majlis sambutan Aidiladha bersama pemimpin negeri

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Aidiladha yang disertai pemimpin negeri di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan Exco, kepimpinan dan pentadbiran jabatan dan agensi negeri.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin kira-kira pukul 10 pagi dan baginda menyapa tetamu dengan ucapan salam serta selamat hari raya sebelum majlis santapan bermula.

Kira-kira 30 pemimpin negeri hadir ke majlis tersebut dan disertai lebih 100 orang yang lain termasuk petugas media. Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim berangkat meninggalkan majlis pada pukul 11 pagi.

Baginda sebelum itu menunaikan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini bersama rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN