IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang kakitangan sebuah bank kerana dipercayai menerima rasuah membabitkan kelulusan pinjaman lebih RM3.4 juta. Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya sekitar pukul 4 petang, hari ini. Diifahamkan, wang sogokan berjumlah RM141,700 itu diterima bagi meluluskan pinjaman bank berjumlah RM3,442,700. Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan…










