Sertakan soalan ujian dalam Utusan Pelajar

Sertakan soalan ujian dalam Utusan Pelajar

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sisipan Utusan Pelajar yang memaparkan pelbagai aktiviti sekolah dan pencapaian para pelajar sesuai dijadikan bahan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Seorang pelajar, Mohamad Afizwan Afiq Hendra, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Rahmat, di sini berkata, dia tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan dalam sisipan itu.

“Rasa teruja dapat menatap dan membaca Utusan Pelajar sekali gus dapat manfaatkan kandungan berita yang disiarkan.

“Saya harap dapat juga disiarkan kandungan berbentuk ujian atau pengetahuan awam yang berfaedah kepada pembaca,” katanya.

Utusan Malaysia menerbitkan sisipan khas Utusan Pelajar pada setiap Rabu bermula semalam atas semangat ingin memberi pengiktirafan kepada sekolah dan menghargai sumbangan guru-guru serta bidang pendidikan yang semakin penting.

Langkah itu juga sejajar de­ngan komitmen Kementerian Pendidikan membenarkan akhbar ini diedarkan ke 7,000 buah sekolah seluruh negara.

Sisipan khas Utusan Pelajar bukan sekadar wahana perkongsian maklumat menerusi pelbagai aktiviti sekolah sebagai satu rangkaian institusi pendidikan peringkat asas dan memupuk kecintaan pelajar kepada dunia pendidikan, tetapi keluaran khas ini juga mempunyai iltizam murni ingin me­langkah sederap dengan intipati Falsafah Pendidikan Negara.

Seorang lagi pelajar, Ainnur Haziqah Shahalim, 13, yakin kandungan sisipan tersebut adalah bahan yang terkini dan sentiasa mempunyai sumber maklumat mengenai aktiviti sekolah.

“Bagus ada sisipan Utusan Pelajar, sekurang-kurangnya ada berita mengenai aktiviti sekolah dan pelajar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN