KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri atas dakwaan serangan seksual enam tahun lalu, akan didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jun tahun depan. Peguam Navpreet Singh yang mewakili Anwar memaklumkan, perbicaraan selama tujuh hari bermula 16 Jun itu akan didengar oleh Hakim Dr. Johan Lee Kien How. “Tarikh-tarikh lain yang ditetapkan ialah pada 17 hingga 19 Jun…










