Seorang maut, seorang parah motosikal bertembung - Utusan Malaysia

Seorang maut, seorang parah motosikal bertembung

KEADAAN mayat Amirul Amin Abdussalam setelah terlibat dalam kemalangan berhampiran Makam Diraja, Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka bertembung berhampiran Makam Diraja, Kampung Kubang Parit di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, mangsa, Amirul Amin Abdussalam, 15, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan menunggang motosikal Yamaha Y15 sedang bergerak terus dari arah Kampung Panji.

“Siasatan awal mendapati, sebuah motosikal Honda C70 yang ditunggang remaja lelaki berusia 14 tahun pula dari arah bertentangan telah membelok ke kanan untuk menyeberang jalan.

“Akibat daripada itu, kedua-dua motosikal remaja terbabit telah bertembung dan Amirul Amin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi remaja itu cedera parah di kepala.

“Amirul Amin kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSZN) untuk tindakan lanjut manakala seorang lagi mangsa sedang dirawat di hospital sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Azli memberitahu, kedua-dua motosikal mengalami kerosakan remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN