KUALA LANGAT: Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digalakkan untuk mengambil kursus dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai bidang pilihan bagi menyambung pengajian atau kerjaya mereka pada masa hadapan. Bukan sahaja pelajar cemerlang, individu yang kurang bernasib baik atau tidak mengambil peperiksaan tersebut turut digalakkan mengambil kursus berkenaan supaya mereka dapat memperoleh pekerjaan, sekaligus dapat mempunyai pendapatan bagi menyara diri sendiri serta keluarga…