‘Sembelih Playboy satu pengalaman baharu’ 

‘Sembelih Playboy satu pengalaman baharu’ 

Abd. Samad Samiran di samping Playboy yang disembelih untuk korban sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Pak Khalib, Pekan Nanas, Pontian, Johor, hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Lembu sado atau panggilannya, Playboy akhirnya dikorbankan dengan bantuan 10 petugas pada pukul 10 pagi ini dengan disaksikan sendiri oleh pembelinya, Abdul Razak Mohd. Ghazalli.

Playboy yang merupakan lembu sado dari baka brahman cross, disembelih sendiri oleh Abd. Samad Samiran yang memeliharanya sejak enam tahun lalu.

“Alhamdulillah, satu pengalaman baharu sebagai tukang sembelih apabila menyembelih Playboy berbanding lembu-lembu yang biasanya di bawah berat satu tan,” katanya ketika ditemui di Kampung Pak Khalib, Pekan Nanas di sini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan walaupun jumlah tempahan hanya 10 ekor lembu bagi ibadah korban tahun ini, namun penjualan lembu sado Playboy memberikan kelegaan kepada Abd. Samad.

Tambah Abd. Samad, secara kasarnya lembu dengan berat satu tan mampu menghasilkan sebanyak 200 kilogram (kg) daging selain  organ-organ dalamannya seperti paru, limpa dan hati.

Menurutnya, dia akan mengagihkan sebanyak dua kilogram daging lembu kepada setiap penerima yang dianggarkan seramai 60 hingga 70 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN