RM5 juta diseleweng,  UMS disaran buat laporan polis

RM5 juta diseleweng,  UMS disaran buat laporan polis

MUSTAPHA Sakmud (dua kiri) dan Pengerusi Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi, Nurul Izzah Anwar (dua kanan) semasa perasmian Forum Belia Madani di UMS, Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) disaran membuat laporan polis jika terdapat bukti berlaku penyelewengan berhubung dana RM5 juta  yang diperuntukkan untuk  menyelesaikan isu  air di kampus induk universiti berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi  menangani dakwaan  bahawa berlaku penyelewengan dalam menyelesaikan isu bekalan air di UMS.

Menurut beliau, peruntukan RM3 juta yang diluluskan Pejabat Perdana Menteri dan peruntukan RM2 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi telah digunakan sebaiknya untuk membina telaga tiub yang menghasilkan sejuta liter air sehari (MLD).

Katanya, tidak berlaku unsur-unsur penyelewengan seperti yang didakwa. 

Sehubungan itu, beliau berharap sekiranya ada lagi mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan isu ini, beliau menggesa agar UMS membuat laporan polis.

“Mereka boleh mengajak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat tetapi, saya mahu bagi ketegasan di sini bahawa dana itu telah diguna sepenuhnya untuk cuba kurangkan masalah air yang berlaku di kampus ini.

“Kita mahu bertindak tegas sekarang. Saya sudah nasihatkan agar bertindak secara rasional dan fahami fakta sebenar. Jangan guna fakta yang salah sebab saya tidak mahu imej kementerian dan UMS tercemar oleh mana-mana pihak yang cuba peralatkan isu ini demi kepentingan organisasi atau politik masing-masing,” kata beliau  selepas perasmian Forum Belia Madani di UMS hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, tuduhan berlaku penyelewengan itu agak berat kepada pengurusan UMS dan ia boleh menjejaskan kredibiliti  pengurusan UMS.

“Kita mahu beri komitmen kepada mahasiswa bahawa kita dengar (masalah), bukan kita tutup telinga. Kita mengambil tindakan mengikut fasa-fasa yang kita terdaya di peringkat negeri dan Pusat. Jadi mohon bersabar,” katanya.

Jelasnya, beliau ingin mengajak wakil Suara Mahasiswa untuk menyertai Forum Belia Madani bagi berbincang isu air di dalam forum tersebut, dengan turut ditampilkan pihak berkuasa untuk menerangkan secara terperinci agar maklumat itu sampai kepada mahasiswa.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×