Rizalman pengasas komik Bujal dikenang sebagai martabat kartunis

Rizalman pengasas komik Bujal dikenang sebagai martabat kartunis

Mohamad Razali Othman bersama majalah Bujal yang diterbitkan olehnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kartunis Mohamad Razali Othman atau lebih dikenali sebagai Rizalman yang meninggal dunia hari ini merupakan antara pencetus fenomena komik kartun di negara ini.

Beliau mencipta nama sebagai pelukis komik sejak 1970-an dan di bawah syarikatnya Raz Studio, Allahyarham menerbitkan komik Bujal dan Salina.

Menggunakan nama Razali MHO, kedua-dua majalah tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai.

Komik Bujal pernah menjadi No. 1 di negara ini dan membuka laluan minat orang ramai terhadap komik kartun.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 76 tahun turut mempunyai dua orang anak lelaki yang mengikuti jejak langkahnya dalam melukis.

Sehingga nafas terakhir, anak kelahiran Kelantan itu masih aktif melukis dengan siri komik bertajuk Aimie Amiera dalam slot komik akhbar Utusan Malaysia.

Allahyarham juga aktif melukis sejak lima dekad lalu sehingga menimbulkan minat orang ramai terhadap komik kartun seperti Gila-Gila, Ujang dan Gelihati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN