Rizalman sumbang RM367,935 pada Fakulti Pengajian Islam, UKM

Rizalman sumbang RM367,935 pada Fakulti Pengajian Islam, UKM

RIZALMAN Ibrahim menyumbangkan dana berjumlah RM367,935 kepada Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.-UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim berbesar hati menyumbangkan dana berjumlah RM367,935 kepada Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dekat sini, hari ini.

Sumbangan itu diberikan menerusi Dar Al-Qari Resources dalam beberapa bentuk tajaan kepada pihak fakulti seperti pembiayaan menaik taraf ruangan pembelajaran Makmal Al-Quran Al-Qari, biasiswa pengajian serta hadiah kecemerlangan graduan pengajian sarjana dan doktor falsafah.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM, Prof. Datuk Dr. Wan Kamal Mujani berkata, hubungan kerjasama strategik itu dimanifestasikan secara rasmi melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua belah pihak.

“Bagi pihak UKM, kami rasa bertuah kerana menerima dukungan dan kerjasama daripada Yayasan RI melalui Dar Al-Qari Resources yang memberi beberapa bentuk tajaan kepada pihak fakulti.

“Pihak Yayasan RI juga bersetuju memberikan penajaan geran penyelidikan bernilai RM100,000 bagi penyelidik Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah bagi menjalankan penyelidikan berimpak kepada masyarakat Islam khususnya dalam mendokong matlamat yayasan memartabatkan Islam melalui pendidikan al-Quran,” katanya sebelum menandatangani MoU di fakulti tersebut, dekat sini, hari ini.

Pihak UKM diwakili oleh Wan Kamal, sementara Rizalman yang merupakan Pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan RI dan Dar Al-Qari Resources menandatangani MoU berkenaan.

Daripada jumlah sumbangan itu, sebanyak RM210,000 diperuntukkan bagi menaik taraf ruang pembelajaran Makmal Al-Quran Al-Qari, RM47,935 bagi biasiswa pengajian kepada pelajar pengajian sarjana dan doktor falsafah serta RM10,000 bagi hadiah kecemerlangan graduan pengajian sarjana dan doktor falsafah selama lima tahun.

Sementara itu, Pensyarah fakulti itu, Dr. Najah Nadiah Amran berkata, makmal yang ditubuhkan sejak tahun 1990an merupakan ruang bagi pelajar mengikuti pengajian al-Quran, pembelajaran hadis, qiraat dan tahfiz.

Menerusi sumbagan dana berkenaan, katanya, ia dapat menambah baik fasiliti sedia ada serta memberikan ruang lebih selesa kepada pelajar di fakulti ini.

“Setiap minggu, seramai 400 pelajar akan dapat memanfaatkan makmal ini. Pelajar perlu membawa peralatan sendiri dan mengaplikasikan pengajian secara dalam talian.

“Dengan kewujudkan platform ChatGPT, pelajar berpeluang mengenal pasti kesahihan sesebuah hadis. Silibus pembelajaran juga menetapkan pelajar perlu menghafal empat juzuk al-Quran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya