Pukul OKU: PDRM siasat pelanggaran SOP ketika bertugas

Pukul OKU: PDRM siasat pelanggaran SOP ketika bertugas

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menjalankan siasatan selari daripada aspek tatatertib berhubung seorang pemandu e-hailing kelainan upaya (OKU) dipercayai dipukul anggota pengiring di lobi sebuah hotel di sini, 28 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, pihaknya telah memanggil mangsa yang juga lelaki tempatan ke Bukit Aman, pagi tadi.

Jelas beliau, mangsa yang diiringi peguam dan jurubahasa dipanggil bagi membantu siasatan tatatertib.

Memuatkan artikel berkaitan…

“JIPS akan meneliti kes ini dari sudut Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengesan sebarang perlanggaran atau salah laku semasa pelaksanaan tugasan.

“Siasatan masih di peringkat awal dan JIPS akan memanggil saksi-saksi lain bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan secara telus dan tanpa kompromi.

Terdahulu, peguam pemandu e-hailing, N Surendran berkata, anak guamnya dirakam percakapan oleh tiga pegawai daripada JIPS Bukit Aman.

Jelas beliau , proses tersebut bagi membantu siasatan membabitkan dua isu iaitu kejadian di sebuah hotel pada 28 Mei serta situasi berlaku ketika di Balai Polis Brickfields, pada hari sama. 

Katanya, Ing Keong turut diminta untuk menjelaskan jumlah dan butiran yang diarahkan oleh pegawai penyiasat kes kepada dirinya.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan, dengan pegawai-pegawai yang terlibat dalam insiden ini akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan. 

Jelasnya, langkah itu diambil secara menyeluruh dan semua pihak terlibat dapat memberikan keterangan mereka. 

Minggu lalu, media melaporkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dipercayai punca seorang pemandu e-hailing didakwa diserang pengiring rombongan kenamaan dalam kejadian di sebuah hotel di Brickfields, pada 28 Mei lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa dilaporkan berkata, kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan. 

Jelas beliau, kes ini disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 

Bagaimanapun, pengadu membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×