Berita gembira? Insya-Allah ‘coming soon’ saya kongsikan - Zubir Khan - Utusan Malaysia

Berita gembira? Insya-Allah ‘coming soon’ saya kongsikan – Zubir Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING:  Penyanyi, Zubir Khan mengakui bakal berkongsi satu berita gembira kepada semua pihak sekiranya benar isterinya, Dr Heama Maleini, kini berbadan dua.

Zubir, 28, bagaimanapun masih enggan mendedahkan perkara tersebut buat masa ini, sebaliknya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

“Berita gembira? Insya-Allah ‘coming soon’ saya akan kongsikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa sekarang belum lagi nak kongsi lagi. Nanti saya akan kongsi,” ujarnya.

Zubir berkata demikian ketika ditemui di acara Karpet Merah Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) di sini, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Zubir memohon doa baik daripada semua pihak.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Yennode Macha ini turut berkongsi perkembangan terbaharu kerjayanya apabila bakal melancarkan sebuah lagu Melayu baharu pada bulan depan.

Menurutnya, lagu berkenaan mengetengahkan genre yang disifatkannya mempunyai elemen yang lebih segar.

“Insya-Allah lagu Melayu saya akan dilancarkan tidak lama lagi. Boleh dikatakan, genre itu persis lagu kumpulan Alleycats. Nantikan ya,”katanya.

Untuk info, Zubir mendirikan rumah tangga dengan Dr Heama Maleini pada 31 Julai 2026.

Difahamkan kedua-duanya berkenalan menerusi platform media sosial pada 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×