Polis ingatkan jangan sertai himpunan bantah kerajaan Sabtu ini

Polis ingatkan jangan sertai himpunan bantah kerajaan Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran supaya orang ramai  tidak menyertai perhimpunan untuk menyatakan bantahan terhadap kerajaan  di hadapan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur,  Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penganjuran himpunan itu tiada kebenaran  daripada pemilik tuan tanah iaitu Perbadanan Putrajaya.

Menurut beliau, polis telah menerima surat pemberitahuan daripada penganjur yang merancang untuk mengadakan perhimpunan tersebut pada 14 Jun lalu. 

“Untuk makluman semua, polis sahkan menerima surat pemberitahuan penganjur mengenai perhimpunan yang dirancang diadakan  pada Sabtu ini di tempat lot letak kereta hadapan Kompleks Sri Perdana  dijangkakan bermula pukul 4 petang.

“Namun, perhimpunan itu tertakluk kepada beberapa syarat terutamanya wajib mendapat kebenaran tuan tanah iaitu Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang mana pihak berkuasa itu tidak membenarkan himpunan itu diadakan di situ atas alasan lokasinya tidak sesuai,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini.

Justeru itu, Rusdi menasihatkan penganjur perhimpunan tersebut  agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan.

Dalam perkembangan berkaitan, polis juga telah mengesan satu video tular mengajak orang ramai berhimpunan pada Sabtu ini.

Jelas beliau, susulan penularan video itu  sebanyak 85 laporan polis dibuat oleh orang awam berhubung perkara ini.

“Polis membuka kertas dan menyiasat di Bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian,” kata beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN