Percaya gagal antara punca calon tidak ambil SPM

Percaya gagal antara punca calon tidak ambil SPM

ANUAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Percaya akan gagal, kurang menguasai mata pelajaran, menghadapi masalah kesihatan dan keluarga menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jumlah calon tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Timbalan Pengerusi Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Anuar Ahmad berkata, berdasarkan pengalaman guru-guru dan kajian yang dilaksanakan, calon SPM membuat keputusan tidak menduduki peperiksaan awam itu kerana yakin mereka akan gagal.

Katanya, walaupun sudah mendaftar bagi menduduki peperiksaan itu pada awal tahun namun calon lemah dalam penguasaan mata pelajaran yang diuji dalam peperiksaan.

“Kita tahu bahawa ramai calon-calon SPM yang mereka awalnya berasakan tidak menguasai mata pelajar yang telah sampaikan oleh guru. Pada akhirnya mereka membuat keputusan untuk tidak menghadapi peperiksaan SPM.

“Ada juga calon yang mengalami masalah kesihatan, masalah keluarga dan sebahagian daripada mereka mengalami kecemasaan seperti kemalangan dan sebagainya.

“Jadi kita mengharapkan pada tahun-tahun yang akan datang, bilangan calon yang tidak menduduki peperiksaan SPM ini dapat dikurangkan dan mencari jalan bagaimana untuk memastikannya dapat dilaksanakan,” katanya dalam perkongsian video yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, seramai 10,160 daripada 383,685 orang calon baharu SPM 2023 tidak hadir peperiksaan manakala hanya 373,525 calon hadir bagi peperiksaan berkenaan.

Dalam pada itu, Anuar berkata, jumlah calon tidak menduduki peperiksaan SPM amat membimbangkan dan sistem pemantauan prestasi akademik perlu dilaksanakan pada awal tahun bagi mengetahui motivasi dan aspirasi pendidikan bakal-bakal calon.

“Sebagai peringkat permulaan, kita boleh lihat bahawa mereka yang berada dalam kelompok lemah akademik, program-program motivasi perlu dilaksanakan bagi memantau tahap pendidikan mereka sekal igus membina keyakinan dan percaya diri bahawa mereka juga boleh berjaya hadapi SPM.

“Pentadbiran sekolah seperti guru kaunseling, guru kelas dan guru-guru mata pelajaran serta ibu bapa perlu berganding bahu bagi membantu pelajar-pelajar mencapai untuk membuat persediaan yang cukup sebelum menduduki peperiksaan SPM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN