PETALING JAYA: Pelukis tatu yang ditahan kerana disyaki meliwat pelanggan lelakinya semasa mangsa mendapatkan khidmat lukisan tatu pada 25 Jun mempunyai dua rekod jenayah. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Way pada pukul 8.12 malam tadi. Menurut beliau, semakan lanjut mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah. “Siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan modus operandi mencalitkan minyak ke…