IPOH: Operasi besar-besaran akan dilaksanakan bagi mengesan pemilik program perumahan rakyat (PPR) yang melanggar kontrak khususnya menyewakan unit mereka kepada warga asing. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, didapati ada pemilik unit turut menyewakan rumah mereka kepada pekerja warga asing yang tidak sah. “Kementerian akan menguatkuasakan undang-undang dan melakukan operasi besar-besaran tidak lama lagi. “PPR adalah perumahan sosial yang disubsidikan. Kos untuk membangunkan PPR hampir RM300,000, tetapi…










