KLANG: Hasrat dua nelayan bersaudara menangkap ikan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka hilang selepas bot dinaiki terbalik akibat dipukul ombak di perairan Pantai Acheh, Pulau Indah di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, cuaca buruk menyebabkan mangsa, Mohd. Fazil Paijan, 36, masih gagal dikesan setakat ini. Namun, sepupunya, Arnizam Ibrahim, 43, terselamat selepas dua jam berpaut pada bot gentian kaca itu dan diselamatkan bot lain,…