GEORGE TOWN : Bapa kepada Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44,yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak April lalu, berpuas hati dan menerima dengan lapang dada laporan akhir siasatan tragedi itu yang dikeluarkan, Khamis lalu. Ramli Abd. Hamid, 68, berkata, dia dan ahli keluarganya telah dijemput oleh pihak TLDM untuk mendengar sendiri laporan akhir berkenaan. “Kami sekeluarga reda dan menerima segala ketentuan…