Meyakinkan orang, kita ada bakat itu sukar – Zareef Sein

Meyakinkan orang, kita ada bakat itu sukar – Zareef Sein

zareef
Zareef Sein
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIGA KALI tukar label, mungkin ada yang beranggapan penyanyi muda, Zareef Sein ini sukar mencari rentak muzik sendiri. 

Namun pada pandangan saya, dia seorang yang tidak mudah mengalah. Memulakan kerjaya menerusi kumpulan Outbreak, dia akhirnya memilih untuk bergerak solo kerana percaya dengan bakat dan kemampuan sendiri dalam menghasilkan lagu-lagu yang mencerminkan identiti diri. 

Namun mengapa dia masih kekal memilih untuk berada di bawah syarikat pengurusan? Bukankah lebih senang jika dia bergerak sendiri. Tidak terikat dengan misi atau visi label rakaman yang mungkin berbeza. 

Pancaindera kali ini menampilkan bakat baharu di bawah pengurusan Suria Records, Zareef Sein. Mengorek cerita dan mendapatkan jawapan kepada pelbagai persoalan.

Kalau boleh disusun, bagaimana perjalanan awak dalam industri seni ini bermula? Sebelum ini awak sudah ada dua single tidak silap saya, betul? 

Ya, betul. Sebelum saya bersama Suria Records, saya bernaung di bawah dua label berbeza. Saya muncul sebagai artis berkumpulan sebelum memilih untuk bergerak solo. 

Saya juga pernah masuk program realiti, Vokal Mania 2020. Perjalanan seni itu kalau mahu diceritakan banyak pahit manisnya. 

Walaupun saya masih baru dalam industri muzik, tetapi saya banyak belajar daripada pengalaman bertukar-tukar label pengurusan ini.

Mungkin ada artis yang memilih untuk bergerak sendiri sahaja selepas perancangan bersama label pengurusan tidak berjaya. Tetapi nampaknya Zareef masih tetap di bawah pengurusan syarikat rakaman. Mengapa? 

Saya rasa belum bersedia untuk bergerak sendiri. Jika di bawah pengurusan, itu lebih senang. Bergerak sendiri dalam industri muzik ini susah. 

Kena keluar modal yang banyak, mahal. Jadi, saya lebih senang bergerak di bawah syarikat rakaman terutama melibatkan kerjaya sebagai komposer dan penyanyi. 

Jika di dunia fesyen pula, saya sudah bina rangkaian kenalan dan boleh bergerak sendiri.

Belum bersedia atau awak merasakan sukar untuk komposer dan penyanyi muda seperti awak menembusi pasaran muzik? Mencari peluang yang lebih besar?

Itu antaranya. Saya sudah berada di bawah tiga syarikat pengurusan dan apa yang paling sukar adalah untuk meyakinkan seseorang percaya dengan bakat serta kemampuan awak. 

Mungkin ada yang mahu lebih besar. 

Bila mereka rasa kita boleh, mereka akan tawarkan peluang itu. Tetapi sampai masa, keyakinan itu semakin memudar dan mungkin ada orang lain yang mencuri peluang, anda akan terasa seperti dipinggirkan sahaja.

Sepertinya Zareef pernah melalui fasa itu? Bagaimana Zaeef melawan dan bangkit semula? 

Semestinya. Mula-mula sedih tetapi sampai satu tahap, saya kena lawan kekecewaan itu. Impian saya sejak berusia 13 tahun adalah untuk menjadi penyanyi dan komposer. 

Bukan untuk popular semata-mata. Apabila saya tulis dan terbitkan lagu, saya gembira. 

Walaupun tak sepopular rakan artis lain tetapi selagi saya bakat dan permintaan biarpun tak ramai, saya sudah cukup gembira. Ada yang percaya dengan bakat saya.

Dengarnya Zareef ada lagu baharu? Berkaitan kesihatan mental juga ya?

Ya, tepat sekali. Saya baru sahaja melancarkan single ketiga saya, Jatuh Cinta hasil ciptaan dan lirik saya sendiri. Lagu itu berkaitan dengan seseorang yang mempunyai schizophrenia atau dalam bahasa pasar kita, delulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×