Masariah jatuh cinta dengan kerjaya guru

Masariah jatuh cinta dengan kerjaya guru

MASARIAH Mispari (kanan) menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2024 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 di Kuantan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tak kenal maka tak cinta, itulah pepatah yang sesuai digambarkan buat seorang pesara guru yang pada awalnya tidak bercita-cita untuk menjadi guru, namun akhirnya jatuh cinta dengan kerjaya itu.

Masariah Mispari, 61, berkata, kerjaya sebagai seorang guru pada awalnya dianggap seperti satu urusan perniagaan.

Namun setelah sekian lama, akhirnya dia jatuh cinta dengan kerjaya itu sehingga sanggup bertungkus-lumus memberikan yang terbaik supaya anak muridnya mencapai keputusan cemerlang.

“Pada awalnya guru bukan cita-cita saya tetapi akhirnya ia menjadi cinta saya. Kerjaya guru ini adalah buah hati saya,” katanya yang berasal dari Pontian, Johor.

Tambahnya, kerana rasa cinta itu, pernah suatu ketika, dia menangis hanya disebabkan salah seorang anak muridnya mendapatkan keputusan B dalam mata pelajaran Sejarah yang diajarnya.

“Kerana rasa cinta saya pada kerjaya ini, saya mahu buat yang terbaik sehinggakan pernah suatu ketika saya menangis bila dapat tahu ada anak murid saya dapat B.

“Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk mencari penyelesaian sehingga dalam tempoh lima tahun saya mengajar, saya dinobatkan sebagai guru Sejarah terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 1991,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Ujarnya, anugerah itu menjadi satu titik tolak buatnya untuk terus buat yang terbaik sehingga sering menerima pelbagai anugerah kecemerlangan disamping menjadi seorang guru yang disenangi anak muridnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN