PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Pasadana Travel And Tours Sdn Bhd. selama lapan bulan 12 hari berkuat kuasa mulai 20 April sehingga 31 Disember depan. MOTAC dalam kenyataan memaklumkan, penggantungan lesen syarikat ini adalah selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di bawah subseksyen 8(1)(b) iaitu pengusaha pelancongan berlesen melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen. Ini termasuk melanggar mana-mana peruntukan akta ini…