KEPALA BATAS : Akibat diserang sawan ketika memandu, seorang lelaki hilang kawalan hingga kereta dipandunya terbabas dan melanggar tembok satu kawasan tanah perkuburan di Jalan Kedah di sini, semalam. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.45 petang ketika lelaki berusia 37 tahun itu selesai beraya di Permatang Haji Hassan. “Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya…