Lelaki didenda RM100 tampal pelekat bendera Israel di restoran makanan segera

Lelaki didenda RM100 tampal pelekat bendera Israel di restoran makanan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Akibat diselubungi perasaan marah ekoran kematian ahli keluarga di Palestin, seorang lelaki bertindak menampal pelekat bendera Israel di sebuah restoran makanan segera, bulan lalu.

Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, kemudian didakwa di Mahkamah Majisret di sini hari ini dan mengaku bersalah atas pertuduhan meletakkan pelekat bendera Israel di situ dan didenda maksimum RM100.

Majistret Nurul Hafzan Ab. Aziz turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara sehari sekiranya gagal membayar denda. 

Semasa prosiding, mahkamah menasihatkan tertuduh berfikir dahulu sebelum bertindak kerana perbuatan itu tidak akan menjadikan keadaan lebih baik.

Mengikut pertuduhan, Tariq Hazim didakwa meletakkan pelekat bendera Israel yang mungkin mengganggu keamanan seorang pekerja wanita di restoran makanan segera berlokasi di Batu 10, Jalan Hulu Langat di sini pukul 4.42 petang pada 29 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Sementara itu, dalam rayuan untuk meringankan hukuman, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabilla Rosli memohon supaya tertuduh dikenakan denda minimum kerana bekerja sambilan dengan pendapatan RM2,500 sebulan.

“Tertuduh perlu menanggung isteri yang tidak bekerja sementara ibu berpenyakit gout dan bapanya mempunyai penyakit jantung selain menanggung ibu mentua yang juga ibu tunggal. Tertuduh juga menyesal atas kesilapannya itu dan memohon maaf kepada semua pihak,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam serta sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN