KUALA PILAH: Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sekali lagi menerima aduan kehadiran harimau kumbang di kawasan Seri Menanti di sini, kali ini di Kampung Padang Biawas. Pengarahnya, Faizal Izham Fikri berkata, aduan terbaharu diterima pihaknya dua hari lalu dengan video kelibat haiwan itu dirakamkan oleh penduduk juga tular di media sosial. “Pegawai Unit Konservasi Harimau Negeri Sembilan sudah turun padang melawat lokasi aduan dan mendapati…










