KPM serah kes pelajar ditampar kepada polis

KPM serah kes pelajar ditampar kepada polis

FADHLINA Sidek menandatangani buku pelawat semasa meninjau pusat media sempena PRK DUN Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda Jawi di Nibong Tebal, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) telah menjalankan siasatan awal berhubung kes seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dibuli oleh dua pelajar senior di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian, Perak.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini, kes tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Kes ini telah pun kita laksanakan siasatan dan kini, kita serahkan kepada pihak polis untuk memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Kita juga ambil pendekatan untuk mengekang kejadian buli di sekolah. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk memperingatkan khususnya ibu bapa, para guru dan komuniti.

“Anak-anak juga diingatkan supaya tidak terjebak dengan gejala buli ini. Malah, kita sudah pun menetapkan peraturan dan menambah baik segala garis panduan berkaitan bagi mengekang kejadian buli khususnya yang berlaku di institusi pendidikan di bawah KPM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung isu terbabit ketika melawat pusat media sempena Pilhan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda di Jawi, di sini malam ini.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 21 saat yang memaparkan seorang pelajar perempuan ditampar dua pelajar lain dalam tandas sekolah terbabit.

Siasatan mendapati, kejadian sebenar telah berlaku pada 14 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi di mana mangsa telah dibuli oleh dua pelajar perempuan yang berusia 15 tahun di sekolah sama.

Kejadian dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek kepada mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya yang juga berusia 15 tahun dan bersekolah di sekolah menengah sama.

Laporan polis dibuat mangsa pada hari ini dan kes ketika ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN