NIBONG TEBAL : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga gula setakat ini. Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, sehingga kini, tidak ada keputusan daripada kabinet berkenaan kenaikan harga keperluan asas terbabit. “Sudah banyak kali saya jawab berkenaan isu gula ini di Parlimen dan benar, syarikat pengeluar gula iaitu MSM dan CSR memang mengadu yang mereka kerugian 88 sen bagi setiap satu kilogram…