Khidmat guru sukarela dari Singapura tidak libatkan kos tambahan

Khidmat guru sukarela dari Singapura tidak libatkan kos tambahan

FADHLINA Sidek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa masuk sukarelawan guru Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini tidak melibatkan sebarang bebanan kos tambahan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri itu ialah, sukarelawan guru dari Singapura yang akan ditempatkan di kawasan miskin bandar, desa dan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Lantikan ini tidak melibatkan sebarang bebanan kos tambahan seperti telahan sesetengah pihak. Sebaliknya, ia adalah bukti kerjasama erat diplomatik antara Malaysia dan Singapura.

“Untuk pengetahuan, khidmat guru sukarelawan ini akan dibayar oleh kerajaan Singapura,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, inisiatif itu memberi peluang kepada murid, guru dan pihak sekolah untuk mendapat pendedahan amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta inovasi yang baik.

“Inisiatif sebegini sememangnya sentiasa dilaksanakan KPM (Kementerian Pendidikan) dengan melibatkan pertukaran guru dari negara maju seperti Korea, Australia dan Amerika Syarikat,” katanya.

Pada 12 Jun lalu, media melaporkan bahawa Malaysia telah berbincang dengan Singapura mengenai kemungkinan negara republik itu akan menghantar guru-guru untuk mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa tempat dalam negara ini.

Anwar sebelum ini berkata, perkara itu disentuh beliau dalam pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong di Seri Perdana di sini.

Jelas beliau, ia merupakan cadangan dari Malaysia sekiranya republik itu mempunyai skim bantuan sukarela untuk siswazah Singapura dihantar ke kawasan miskin bandar, pedalaman, Sabah dan Sarawak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN