KOTA BHARU: Tiada individu yang akan terlepas atau dilindungi dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, pelajar sebuah sekolah agama di Papar, yang dikaitkan dengan dakwaan kes buli pada 16 Julai lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata,, tindakan susulan akan diambil sebaik sahaja pihaknya menerima laporan penuh daripada pihak polis berhubung kes tersebut.
“Kes ini tidak boleh dilengahkan. Saya ingin tegaskan bahawa tiada siapa yang akan terlepas dan dilindungi dalam siasatan kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester 1 2025 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini, semalam..
Allahyarham Zara Qairina merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama pada pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak sekolah.
Polis sudah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu hadapan.
Ibu mangsa, Noraidah Lamat iaitu Hamid Ismail dan Shahlan Jufri menerusi satu kenyataan memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula dengan kadar segera bagi membolehkan satu bedah siasat dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian remaja itu.
Tindakan itu bagi membolehkan satu bedah siasat dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian mangsa.
Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Sabah juga menegaskan perkara yang sama dan mahu mereka yang terbabit tanpa mengira siapa pun mereka didakwa di mahkamah. – UTUSAN










