Kementerian Digital tingkat transformasi perkhidmatan kerajaan

Kementerian Digital tingkat transformasi perkhidmatan kerajaan

GOBIND SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Digital berharap kualiti penyampaian perkhidmatan digital kerajaan dapat ditingkatkan dengan memberi perhatian kepada pengalaman pelanggan. 

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, transformasi penyampaian kerajaan perlu memberi fokus kepada pengalaman pelanggan (customer experience) dan berasaskan kepada pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government) secara bersepadu.

  “Anjakan baharu ini memperlihatkan usaha proaktif kerajaan dalam melonjakkan perkhidmatan digital kerajaan melalui konsep Digital First dalam tempoh enam bulan dari Jun sehingga Disember 2024,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Katanya, antara fokus dalam anjakan strategi ini adalah saluran digital bersepadu kerajaan berdasarkan pengalaman pelanggan. 

“Impak islah (pembaharuan) yang dilihat melalui pendekatan terkini ini dapat memberikan nilai tambah kepada empat kumpulan sasar kerajaan iaitu rakyat, komuniti perniagaan, agensi kerajaan dan penjawat awam,” katanya. 

Beliau berkata, lonjakan perubahan itu mengambil kira trend pencapaian semasa pendigitalan sektor awam yang diukur melalui Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.

Pelan itu katanya, dibangunkan pada 2021 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, yang kini dikenali sebagai Jabatan Digital Negara. 

Tambahnya, sehingga Disember 2023, pencapaian pelan strategik tersebut mengikut jadual yang ditetapkan iaitu sebanyak 57 peratus.

“Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang tempoh akhir pelan tersebut iaitu pada  2025, Kementerian Digital beriltizam untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan digital yang bersepadu, dipercayai dan selamat.

“Menjelang Kepengerusian ASEAN 2025 yang akan dikendalikan oleh Malaysia, adalah signifikan bagi negara kita menambah baik mutu penyampaian digital kerajaan yang mampu berdaya saing di peringkat global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN