SABAK BERNAM: Jambatan sepanjang 2.8 kilometer (km) menghubungkan Sungai Air Tawar, di sini ke Hutan Melintang, Perak yang sepatutnya siap pada Mei tahun hadapan berdepan kelewatan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Jun 2026. Kelewatan tersebut berlaku berikutan terdapat masalah pada reka bentuk jambatan merentasi Sungai Bernam itu yang menelan belanja sehingga RM220 juta. Bagaimanapun pembinaannya itu mampu memendekkan jarak perjalanan sehingga 40km bagi penduduk setempat antara kedua-dua negeri tersebut. Exco…