Isu air: Jagalah Kedah sebelum menuduh Pulau Pinang - Kon Yeow

Isu air: Jagalah Kedah sebelum menuduh Pulau Pinang – Kon Yeow

CHOW Kon Yeow ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Kerajaan negeri Pulau Pinang menolak pelawaan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk mendapatkan lebihan air bersih dari negeri itu yang disimpan di Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar ketika ini.

Pada masa yang sama, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, beliau berterima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang pantas menjawab pelawaan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berhubung isu tersebut sebelum ini.

Kon Yeow berkata, Mahdzir sendiri mahu Muhammad Sanusi menjaga masalah air di Kedah terlebih dahulu sebelum masuk campur urusan berkaitan air di Pulau Pinang.

“Kalau siapa yang melawat Pulau Langkawi (Kedah) sekarang, sudah tentu tahu bahawa air, ‘submarine pipe’ (paip dasar laut) ke Langkawi masih bocor, tak dapat diperbaiki sehingga 50 peratus air hilang begitu sahaja dan banyak tempat di Kedah menghadapi cabaran air.

“Jadi, jagalah negeri Kedah sebelum menuduh negeri Pulau Pinang (berkaitan isu air). Di Pulau Pinang memang ada kawasan-kawasan yang tertentu (mengalami masalah air), tapi, pada keseluruhannya, Pulau Pinang dari segi pembekalan air, adalah terjamin keselamatannya,” katanya.

Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, di sini, malam tadi.

Kenyataan Kon Yeow itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelawaan Muhammad Sanusi kelmarin yang mahu menjual lebihan air bersih di Kedah bagi mengatasi isu air ketiadaan air di Pulau Pinang termasuk di Sungai Bakap ketika ini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang juga terpaksa menolak penolakan pelawaan Kedah untuk mendapatkan lebihan air bersih itu kerana mempunyai perancangan lain.

“Sebenarnya, kita bukan tak mahu ambil air terawat dari negeri Kedah. Sebuah syarikat (dari Kedah) juga telah juga sudah datang jumpa saya untuk tujuan itu.

“Tapi, saya maklumkan bahawa kita memang sudah ada rancangan untuk membina LRA di tepi Sungai Muda dan satu lagi loji (rawatan air) di Sungai Dua pula dijangka siap September nanti. Kita akur ada cabaran, tapi, kita tak elak daripada tanggungjawab kita,” kata beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN