JEMPOL: Seorang ibu gembira dan sebak selepas anaknya yang sebelum ini menderita penyakit Biliary Atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati kini semakin pulih selepas menjalani pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai, China pada 12 Jun lalu. Menurut Noor Shahieda Mohamad Ajamin, 33, dia juga merasakan pengorbanan yang dilakukannya dengan mendermakan hati sebanyak 20 peratus kepada anaknya, Ayra Sumayyah Mohamad Assahid, 1, juga tidak sia-sia apabila melihat perubahan positif anaknya itu.…










